
Sebelum menyalahkan staf, lihat dahulu sama ada skop kerja, cara kerja dan sistem anda sudah jelas. Selalunya punca sebenar bukan pada orang, tetapi pada sistem yang belum dibina.
Setiap staf bekerja tanpa skop dan tanggungjawab yang jelas.
Cara kerja berbeza-beza kerana tiada standard yang diikuti.
Tiada rekod dan semakan, jadi masalah sukar dikenal pasti.
Pemilik sibuk memantau setiap perkara kerana tiada sistem.
Kejayaan sesebuah kedai makan bukan bergantung pada satu perkara sahaja. Ia terbina daripada gabungan tiga elemen yang saling melengkapi.
Pastikan staf sesuai dengan skop dan posisi kerja.
Gunakan ilmu, data dan checklist untuk meningkatkan prestasi kerja.
Gunakan SOP sebagai sistem panduan dan alat kawalan operasi.
Hampir setiap keputusan dalam bisnes kedai makan memerlukan data. Tanpa data, keputusan dibuat atas andaian. Dengan data, keputusan dibuat atas fakta.
Hendak buat marketing perlu ada data pelanggan dan jualan.
Unjuran kewangan yang tepat bermula dengan data kos dan hasil.
Rancang pengambilan pekerja berdasarkan beban kerja sebenar.
Rancang pengembangan bisnes berpandukan prestasi sebenar.
Tambah atau ganti peralatan berdasarkan keperluan yang terbukti.
Nilai bisnes dengan data yang lengkap dan boleh dipercayai.
Data adalah bukti perkara yang telah berlaku dan direkodkan dengan betul. Ia membantu kita menilai prestasi staf, mengenal pasti kelemahan operasi dan memperbaiki strategi bisnes.
SOP ialah sistem panduan yang menetapkan cara kerja yang standard. Lebih daripada sekadar fail, SOP menjadi alat kawalan supaya operasi berjalan konsisten walaupun tanpa pemantauan pemilik setiap masa.
Menyeragamkan kerja
Mengurangkan kebergantungan kepada pemilik
Membantu staf faham tugasan
Menghasilkan data operasi
Mengenal pasti kelemahan
Memperbaiki proses
Apabila sesuatu tidak berjalan lancar, kita tidak perlu meneka. Kita semak data, rujuk SOP, kenal pasti kelemahan dan perbaiki proses.
Chef yang mahir memasak diletakkan di bahagian servis pelanggan — pelanggan lambat dilayan dan chef jadi stres. Semak skop kerja dan data kecekapan sebelum menempatkan staf.
Juruwang yang tidak cekap mengira diletakkan di kaunter bayaran — duit selalu tidak cukup dan tidak tally. Semak rekod, bukan sekadar mendengar cakap orang.
Semak data — berapa minit dari pesanan dibuat hingga makanan sampai kepada pelanggan? SOP order menetapkan masa yang perlu dipatuhi.
Lihat data bahan mentah — berapa banyak yang dibazirkan (wastage) setiap hari? SOP pengurusan stok membantu mengawalnya.
Gunakan checklist kerja — adakah mereka mengikut langkah yang betul? Checklist menetapkan standard dan memudahkan pemantauan.
Kami membantu pemilik kedai makan dan restoran membina operasi yang lebih tersusun — daripada SOP sehingga bimbingan di lokasi.
Membina SOP yang praktikal untuk dapur, stok, order dan servis pelanggan.
Bimbingan peribadi untuk memperbaiki cara pengurusan operasi harian.
Latihan pengurusan untuk pemilik dan staf supaya peranan lebih jelas.
Menyediakan checklist kerja dan sistem operasi harian yang mudah diikuti.
Mengumpul dan menganalisis data operasi untuk keputusan yang lebih tepat.
Sesi bimbingan dan lawatan ke premis untuk melihat operasi sebenar.

Panduan melaksanakan SOP kedai makan telah kami sediakan untuk anda. Mulakan dengan ilmu yang betul sebelum membina sistem di premis anda.
Kami berbangga dapat bekerjasama dengan pelbagai premis makanan di seluruh Malaysia dalam membina operasi yang lebih tersusun.

Al Khaleel Consulting & Training ialah rakan konsultasi dan latihan untuk pemilik kedai makan dan restoran.
Kami membantu membina SOP, checklist kerja, data operasi dan sistem pengurusan yang praktikal.
Pemilik kedai makan, restoran, kafe dan perniagaan makanan yang mahu operasi lebih tersusun.
Melalui orang yang betul, ilmu yang betul dan sistem yang betul.
Jika anda mahu membina SOP, checklist dan sistem pengurusan yang lebih praktikal untuk kedai makan atau restoran anda, hubungi Al Khaleel Consulting & Training.
Rakan konsultasi SOP dan pengurusan untuk pemilik kedai makan dan restoran. Kami membantu anda membina operasi yang lebih tersusun.
WhatsApp / Telefon
+6019-664 6637
Alamat
36B Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Syarikat
Al Khaleel Consulting & Training (MA0319048-W)