3 Elemen Asas Bisnes Kedai Makan Yang Berjaya
Mari kita lihat bagaimana ketiga-tiga elemen ini berkait rapat dengan data, skop kerja, checklist kerja, dan SOP kerja.
1. Orang yang Betul | Pastikan Staf Sesuai dengan Skop Kerja
Mari kita lihat bagaimana ketiga-tiga elemen ini berkait rapat dengan data, skop kerja, checklist kerja, dan SOP kerja.
Contoh Situasi Salah Penempatan Staf:
Chef di Servis Pelanggan: Seorang chef yang mahir memasak, namun diletakkan di bahagian servis pelanggan—hasilnya pelanggan lambat dilayan, dan chef jadi stres.
Juruwang Tidak Cekap: Seorang juruwang yang tidak cekap mengira diletakkan di kaunter bayaran - hasilnya duit selalu tidak cukup (short) dan tidak tally.
Isu dan situasi seperti ini bukan kerana staf malas atau culas, ia kerana mereka tidak berada di tempat yang sesuai. Orang yang betul mesti berada di posisi yang betul.
Bagaimana Kita Tahu Seseorang Sesuai Atau Tidak?
Data kecekapan kerja. Semak rekod mereka, bukan sekadar mendengar cakap orang.
2. Ilmu yang Betul | Gunakan Data dan Checklist Kerja
Ilmu dan kemahiran bukan sekadar teori, tetapi juga data yang dikumpul dari operasi harian.
Contoh Penggunaan Data Dalam Operasi:
Makanan lambat sampai? Semak data - berapa minit dari pesanan dibuat hingga makanan sampai?
Kos makanan tinggi? Lihat data bahan mentah, berapa banyak yang dibazirkan (wastage) setiap hari?
Staf selalu buat silap? Gunakan checklist kerja, apakah mereka ikut langkah yang betul?
Tanpa checklist kerja, staf hanya bergantung pada ingatan dan andaian sendiri. Namun apabila ada checklist, mereka boleh buat kerja dengan lebih cekap dan konsisten.
3. Sistem yang Betul - SOP sebagai Alat Menyelamatkan Bisnes
SOP bukan sekadar arahan, ia juga alat untuk menggali data dan memastikan operasi bisnes berjalan lancar.
Contoh SOP Yang Diperlukan:
SOP Dapur: Bagaimana cara menyediakan setiap menu dengan konsisten?
SOP Pengurusan Stok: Bagaimana cara memastikan stok cukup tanpa berlebihan atau kehabisan?
SOP Order & Servis Pelanggan: Berapa lama makanan perlu sampai kepada pelanggan?
Jika sesuatu tidak berjalan lancar, kita tidak perlu meneka. Kita hanya perlu semak data dari SOP, lihat di mana kelemahannya, dan betulkan segera.